Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

30 KRU FILEM TERPERANGKAP DI BELAKANG GUA TEMPURUNG BERJAYA DISELAMATKAN

DALAM NEGARA

30 KRU FILEM TERPERANGKAP DI BELAKANG GUA TEMPURUNG BERJAYA DISELAMATKAN

IPOH: Seramai 30 kru penggambaran filem antarabangsa yang terperangkap di belakang Gua Tempurung di Gopeng, dekat sini, selepas laluan keluar gua itu dinaiki air berikutan hujan lebat petang tadi, selamat dan berjaya di bawa keluar.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, jumlah kru yang terlibat dalam aktiviti penggambaran di kawasan itu adalah seramai 80 orang dan yang terperangkap adalah seramai 30 orang terdiri daripada warga tempatan dan warga Singapura.

Katanya, kesemua mangsa terperangkap berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada anggota polis dan bomba.

“Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,”  katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Yusri berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar menerima maklumat pada jam 4.10 petang mengenai orang awam terperangkap di bahagian belakang Gua Tempurung kerana paras air naik.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Gopeng dan Kota Bharu telah pergi ke tempat kejadian. Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika hujan lebat yang berterusan sejak jam 4 petang. Kesemua mangsa terperangkap kerana air naik secara mendadak ke kawasan alur air di dalam gua. 

“Kedalaman air lebih kurang 1.5 meter. Kesemua mangsa yang terlibat adalah kru penggambaran filem berjudul ‘Bursting Point’  dari sebuah syarikat antarabangsa dari Singapura yang sedang menjalankan kerja-kerja perfileman,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading