PPN: MELAKA BERALIH FASA 2, NEGERI SEMBILAN FASA 3

PUTRAJAYA: Melaka akan beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala Negeri Sembilan ke Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula 4 September (Sabtu).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan keputusan mesyuarat Sidang Khas Pengurusan Pandemik COVID-19.

Sementara itu, mesyuarat sebulat suara bersetuju agar Sidang Khas tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang bakal melibatkan wakil daripada parti pembangkang.

“Pendekatan ini merupakan salah satu usaha kolektif untuk melibatkan semua pemegang taruh bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti yang telah dirancang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia,” dalam kenyataannya, hari ini.–AlHijrah Online

Leave a Reply