KUALA LUMPUR: Seramai 30 pemenang terdiri daripada pembayar zakat dipilih menerima hadiah daripada Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sempena Year End Zakat (YEZ) 2019 semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, pemenang bagi kempen yang berlangsung sepanjang Disember 2019 itu dipilih mengikut beberapa kategori yang ditetapkan.
Menurutnya, kempen YEZ 2019 dianjurkan untuk memberikan hebahan kepada masyarakat Islam mengenai perkhidmatan dan kemudahan saluran bayaran zakat terkini yang disediakan oleh PPZ-MAIWP.
“Kempen ini juga sekali gus mengingatkan masyarakat supaya menyemak semula bayaran zakat yang mungkin belum dijelaskan atau menambah jumlah zakat pendapatan seperti bonus, pertambahan gaji, komisen dan pendapatan sampingan dengan kadar zakat hanya 2.5 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kempen YEZ 2019 di Wisma PPZ-MAIWP di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman dan Pengurus Besar Kanan Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan.
Ahmad Shukri berkata, sejak dilancarkan tiga tahun lalu, kempen YEZ mendapat sambutan memberangsangkan daripada pembayar.
“Kempen ini bertujuan sebagai galakan dan pecutan akhir bagi mengingatkan orang ramai untuk menunaikan zakat sebelum 31 Disember khususnya bagi mereka yang ingin mendapatkan rebat cukai pendapatan 2019.
“Istimewanya kempen Year End Zakat 2019 ini menawarkan lebih 900 hadiah menarik kepada pembayar bertuah yang membayar melalui pelbagai saluran bayaran zakat antaranya Kaunter PPZ MAIWP, Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB), portal zakat.com.my, Kaunter Zakat Bergerak dan Ejen Kutipan Zakat PPZ MAIWP,” katanya.Ahmad Shukri (tengah) bersama semua penerima hadiah kempen YEZ 2019. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
SUMBER FOTO: PPZ-MAIWP
Beliau berkata, tidak dinafikan hadiah yang diberikan mengikut kategori seperti pakej umrah, pakej pelancongan, komputer riba, telefon pintar serta anugerah khas pembayar zakat setia menjadi daya penarik orang ramai untuk menyertai kempen itu.
Dalam pada itu katanya, pada penghujung tahun 2019, PPZ-MAIWP memperkenalkan saluran pembayaran zakat baharu yang dijenamakan sebagai Ride2u di mana pegawai PPZ-MAIWP akan ke premis, rumah, pejabat atau di mana sahaja bagi membantu umat Islam menunaikan zakat.
“Kini semua urusan pembayaran zakat dapat diselesaikan dengan tepat, cepat dan mudah selari dengan slogan memudahkan anda berzakat,” katanya.
Ahmad Shukri berkata, jumlah pembayar yang membayar zakat di PPZ-MAIWP pada tahun 2019 meningkat sebanyak 17 peratus iaitu seramai 211,012 pembayar berbanding 180,598 pada 2018.
Menurutnya, kutipan zakat bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM682,277,217.51 berbanding RM651,228,032.94 pada 2018.
“Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa kesedaran berzakat dan keprihatinan orang ramai terhadap asnaf khususnya di Wilayah Persekutuan meningkat setiap tahun,” katanya.
Sementara itu, pemenang, Shamsiah Hamzah, 71, berkata, zakat merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan sebagai orang Islam.
Menurutnya, beliau sudah melaksanakan potongan zakat sejak masih bekerja iaitu bermula pada tahun 1991.
“Saya memang tak sangka dapat hadiah ini, sebab bukan niat utama untuk menang hadiah, cuma saya anggap ini satu rezeki daripada ALLAH SWT.
“Saya juga ingin berpesan kepada semua agar tunaikanlah zakat supaya pendapatan yang kita peroleh selama ini sentiasa berkat,” katanya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked