Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PPZ-MAIWP SEDIA BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN SELEPAS MORATORIUM TAMAT

DALAM NEGARA

PPZ-MAIWP SEDIA BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN SELEPAS MORATORIUM TAMAT

KUALA LUMPUR: Golongan sasar yang terkesan susulan penamatan tempoh moratorium pembayaran balik pinjaman pada September depan sedia dibantu Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata dengan jumlah kutipan zakat PPZ-MAIWP yang meningkat tahun ini, ia boleh disalurkan kepada lebih ramai golongan yang memerlukan.

“Kami harap kita boleh dapat sejumlah besar daripada zakat dan kita akan menjadi penyumbang yang besar kepada isu-isu yang berkait kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Zakat Korporat dan Penyerahan Sijil Zakat di Putrajaya.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading