PREMIS “KESIHATAN” JADI LOKASI AKTIVITI SONGSANG, 208 DITAHAN
Sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur malam tadi.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit, di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Azani Omar berkata operasi pada 8 malam itu dilaksanakan KL Strike Force Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selepas dua minggu risikan dan pemantauan.
“Kami menahan keseluruhannya 201 pengunjung dan tujuh pekerja berumur antara 19 hingga 60 tahun, termasuk 24 warga asing.
“Kami turut merampas kondom dan beberapa peralatan lain dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral,” katanya pada sidang media di lokasi, selepas operasi selama hampir empat jam itu tamat.
Beliau berkata premis dua tingkat terbabit beroperasi sejak lapan hingga 10 bulan lepas, dan dibuka pada 5 petang hingga 11 malam semasa hari bekerja, manakala pada hujung minggu bermula dari 3 petang hingga 11 malam.
Mohd Azani berkata pusat kesihatan berkenaan mempromosikan premis itu melalui media sosial seperti TikTok serta hebahan daripada pelanggan tetap.
“Pengunjung dikenakan bayaran RM35 setiap kemasukan, manakala pelanggan baharu perlu membayar RM10 sebagai yuran pendaftaran sebelum menerima kad keahlian,” katanya.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana hubungan seks bertentangan dengan aturan tabii, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.
Tinjauan Bernama di lokasi mendapati pengunjung terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional, pelajar dan pelancong asing, dengan kebanyakannya mengakui mereka mengetahui tentang premis itu melalui media sosial.
Suasana kelam-kabut turut berlaku apabila sebahagian pengunjung cuba menutup muka dan beredar bagi mengelakkan identiti mereka dirakam, namun tidak berjaya meloloskan diri.
Pemerhatian Bernama mendapati premis berkenaan mempunyai beberapa ruang tertutup termasuk bilik kecil, kawasan separa gelap, selain kemudahan sauna dan jakuzi yang dipercayai menjadi tarikan utama pengunjung.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.