Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SHAMSUL ISKANDAR, ALBERT TEI DIREMAN ENAM HARI

DALAM NEGARA

SHAMSUL ISKANDAR, ALBERT TEI DIREMAN ENAM HARI

Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing direman sehingga 4 Dis ini.

Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing direman sehingga 4 Dis ini.

Perintah reman enam hari itu dibenarkan Majistret Fatin Muneerah Sofian selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perkara itu disahkan peguam Yusmadi Yusoff dan Mahajoth Singh, yang masing-masing mewakili Shamsul Iskandar dan Tei.

Kedua-dua peguam turut mengesahkan anak guam mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Semalam, Shamsul Iskandar, Tei dan Sofia Rini Buyong ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul Iskandar untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Shamsul Iskandar dan Sofia Rini ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas memberikan keterangan, manakala Tei ditahan di rumahnya di Puchong. 

Mengulas tahanan reman terhadap Shamsul Iskandar, Yusmadi berkata mahkamah mengambil kira keadaan kesihatan anak guamnya yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung dalam menentukan tempoh reman.

“Laporan rawatan daripada Institut Jantung Negara (IJN) telah kita kemukakan, jadi kita berharap siasatan ini dapat disiapkan dengan cepat,” katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading