TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS: LALUAN MASUK APARTMEN PUNCAK ARABELLA DIBUKA
Laluan keluar masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands yang terputus hubungan akibat tanah runtuh semalam, telah dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan jalan selesai dilakukan pada awal pagi ini.
KUANTAN: Laluan keluar masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands yang terputus hubungan akibat tanah runtuh semalam, telah dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan jalan selesai dilakukan pada awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata penduduk yang terkandas juga telah selamat pulang ke rumah masing-masing.
Beliau berkata kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan sekali gus menjejaskan akses kepada 346 buah rumah dan menyebabkan 28 unit rumah di blok itu berada dalam keadaan yang berisiko.
“Sebanyak 53 orang penduduk daripada 13 buah keluarga terjejas. Sebahagian besar berpindah sendiri ke rumah saudara, manakala 17 orang telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Puncak Arabella,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata tindakan pantas pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berjaya mengawal keadaan dengan baik.
“Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Cameron Highlands dan SMR Selenggara (Pahang) Sdn Bhd telah menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah runtuh. JBPM juga telah menggunakan jentera Fire Rescue Tender (FRT) untuk membersihkan laluan dengan menembak air di atas jalan raya yang terkesan akibat tanah runtuh,” katanya.
Azri berkata pihak APM turut mengambil tindakan melaksanakan proses evakuasi dan membuka khemah di PPS dan selepas itu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan membuat pengagihan kit barangan, toto dan selimut kepada mangsa di PPS.
Semalam, media melaporkan laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella terputus hubungan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, kira-kira 8.30 malam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager