PRN SELANGOR: LEBIH 13,000 ANGGOTA, PEGAWAI POLIS BERTUGAS
Polis menggerakkan 13,043 pegawai dan anggotanya bermula hari penamaan calon hingga hari mengundi pada 12 Ogos ini, bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.
PETALING JAYA: Polis menggerakkan 13,043 pegawai dan anggotanya bermula hari penamaan calon hingga hari mengundi pada 12 Ogos ini, bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata daripada jumlah itu seramai 10,843 pegawai dan anggota adalah daripada Kontinjen Selangor sendiri, manakala selebihnya daripada kontinjen lain selain turut dibantu anggota agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
“Bagi menguatkan penugasan itu, polis juga mengatur gerak empat pasukan PORU (Unit Tindakan Rusuhan Awam) dan empat pasukan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) melibatkan 728 orang, manakala LSF (Unit Tempur Ringan) ada 13 pasukan merangkumi 104 anggota,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan latihan amal Kontinjen Selangor sempena PRN di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini.
Hussein berkata dengan persiapan, latihan amal, kursus ulangan yang telah dilakukan sejak beberapa bulan lepas, polis telah bersedia bersama agensi lain untuk menghadapi hari mengundi dan hari penamaan calon sempena PRN kali ini.
Sementara itu, Hussein berkata polis telah mengenal pasti 27 ‘hotspot’ (kawasan pernah terjadi insiden) berdasarkan nama besar yang akan bertanding dan 56 ‘flashpoint’ (kawasan dijangka berlaku kekecohan) di sekitar Selangor.
“Antara kawasan berkenaan ialah Kuala Selangor, Shah Alam, Kuala Langat, Ampang, Klang Utara, Serdang, Klang Selatan dan Sungai Buloh,” katanya.
Menurutnya sebanyak 37 jalan di 12 daerah di negeri ini akan mula ditutup bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari pada hari penamaan calon Sabtu ini.
Beliau berkata 15 laporan polis juga telah diterima melibatkan kes kerosakan kain rentang dan bendera antaranya di Gombak, Subang Jaya dan Kuala Selangor.
“Daripada jumlah itu enam kertas siasatan telah dibuka, dengan lima kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat, manakala satu kes di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya.
Pada 5 Julai lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi PRN iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.