Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JURUTEKNIK PENCAWANG TELEKOMUNIKASI MAUT DISENGAT TEBUAN

DALAM NEGARA

JURUTEKNIK PENCAWANG TELEKOMUNIKASI MAUT DISENGAT TEBUAN

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Redzuan Salleh berkata, Mohamad Hafizuddin Husin, 30, meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan di Hospital Kulim, kira-kira jam 12.10 tengah malam semalam.

KULIM: Seorang juruteknik meninggal dunia selepas disengat tebuan ketika melakukan kerja baik pulih di sebuah pencawang telekomunikasi di Felda Gunung Bongsu, Karangan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Redzuan Salleh berkata, Mohamad Hafizuddin Husin, 30, meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan di Hospital Kulim, kira-kira jam 12.10 tengah malam semalam.

Katanya polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 1.30 petang dari seorang lelaki memaklumkan rakan setugasnya disengat tebuan.

“Ketika kejadian (petang Rabu), mangsa sedang melakukan kerja baik pulih kerosakan di atas pencawang sebelum tiba-tiba diserang kawanan tebuan.

“Mangsa yang dalam keadaan lemah sempat turut dari pencawang dan terus dibawa ke sebuah klinik kesihatan untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Redzuan, doktor yang merawat mangsa kemudian meminta mangsa dihantar ke Hospital Kulim kerana keadaan mangsa agak tenat.

Bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan kejutan anafilaksis yang teruk akibat sengatan tebuan, ujarnya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa diserahkan kepada keluarga sebelum dikebumikan di Derga, Alor Setar.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading