MELAKA CADANG BAWA PULANG ARTIFAK, MANUSKRIP SEJARAH DARI LUAR NEGARA
Kerajaan Melaka bercadang membawa pulang artifak atau manuskrip berkaitan sejarah Kesultanan Melayu Melaka khususnya melibatkan Laksamana Hang Tuah yang ditemukan di luar negara.
MELAKA: Kerajaan Melaka bercadang membawa pulang artifak atau manuskrip berkaitan sejarah Kesultanan Melayu Melaka khususnya melibatkan Laksamana Hang Tuah yang ditemukan di luar negara.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata berdasarkan laporan yang diterimanya, penemuan berkenaan berlaku di 14 negara antaranya di Vatican City, Itali, India, Jepun dan Turki oleh penyelidik atau pengkaji sejarah.
Beliau berkata artifak dan manuskrip berkenaan akan menjadi antara tarikan sempena Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM 2024) sekali gus mengukuhkan kehebatan Melaka dan Hang Tuah.
“Kerajaan negeri sedang berusaha membawa pulang artifak dan manuskrip atau salinannya, dan kita juga sedang mengaturkan bajet untuk menelusuri pensejarahan ini bagi tatapan rakyat.
“Kita juga telah mewujudkan jawatankuasa khas terdiri daripada kalangan penyelidik atau pakar sejarah yang menjadi rujukan kerajaan negeri berkaitan susur galur atau sejarah kewujudan Melaka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Huffaz Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2022 di sini hari ini.
Sementara itu, Ab Rauf berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM84,600 kepada 188 pelajar cemerlang STPM dan Huffaz di negeri itu bagi tahun lepas dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai antara RM400 hingga RM1,000 seorang.
Menurutnya daripada jumlah itu, 44 pelajar cemerlang STPM menerima SSPN bernilai RM600 seorang termasuk pelajar cemerlang STPM peringkat kebangsaaan Gee Wee Nei yang turut menerima tambahan SSPN bernilai RM1,000.
“Sumbangan itu merupakan penghargaan kerajaan negeri menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka kepada kerja keras pelajar terlibat yang memperoleh keputusan cemerlang,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests