Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PROGRAM SARA BERMULA SECARA PERINGKAT HARI INI – ANWAR

DALAM NEGARA

PROGRAM SARA BERMULA SECARA PERINGKAT HARI INI – ANWAR

Program SARA telah ditambah baik, dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, ketimbang perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kembali bermula secara berperingkat, hari ini. 

Menerusi perkongsian di Facebook beliau, Anwar berkata program SARA telah ditambah baik, dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, ketimbang perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas.

Menurutnya, peruntukan yang lebih besar ini membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, ketimbang 210,000 pada tahun lalu.

“Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat, justeru penambahbaikan program SARA merupakan langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Katanya, kerajaan juga akan mengumumkan lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan lain bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading