PTD SAHKAN 15 PEGAWAI DIKESAN TERLIBAT AKTIVITI TIDAK BERMORAL
PORT DICKSON: Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Azhan Md Othman mengesahkan sebanyak 15 pegawainya dikenal pasti terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya “Yeye”, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
PORT DICKSON: Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Azhan Md Othman mengesahkan sebanyak 15 pegawainya dikenal pasti terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya “Yeye”, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Beliau berkata siasatan dalaman telah dilaksanakan dan kini dalam proses untuk mengambil tindakan yang adil dan telus terhadap pegawai berkenaan.
Azhan berkata pihaknya memandang serius sebarang pelanggaran perintah, arahan dan peraturan ditetapkan dalam perkhidmatan dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mereka yang terbabit.
“Ini isu penting yang perlu ditangani, saya tegaskan yang salah tetap salah dan akan dihukum. Kita tidak melindungi mereka yang didapati bersalah.
“Saya juga mengarahkan Cawangan Siasatan Jenayah Tentera Darat Malaysia (TDM) dan juga agensi berkuasa tentera darat untuk melaksanakan siasatan terperinci terhadap semua aduan diterima termasuklah mengenai aktiviti tidak memoral ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media bersempena dengan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 204/25 dan Wanita Siri 50/25 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azhan berkata kepimpinan baharu TDM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk pegawai berpangkat dan akan berdepan tindakan tegas jika terbukti bersalah.
Beliau berkata isu integriti dan disiplin merupakan teras kekuatan kepada TDM dan sebarang kesalahan walaupun melibatkan satu individu tertentu, perkara itu boleh memberikan kesan besar kepada keseluruhan imej, kredibiliti dan kepercayaan rakyat terhadap organisasi terbabit.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan dalam kenyataan dilaporkan berkata pihaknya memandang serius dakwaan berhubung kemasukan individu tidak berkaitan dan aktiviti tidak bermoral yang dilakukan di dalam kem tentera seperti tular dalam media sosial.
Sehubungan dengan itu, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan itu secara menyeluruh.
Dalam pada itu, sebanyak 1,732 Perajurit Muda termasuk 596 Perajurit Muda Wanita berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan masing-masing di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini.
Azhan berkata perbarisan tamat latihan itu menandakan kejayaan perajurit muda menamatkan latihan asas ketenteraan serta mencerminkan komitmen berterusan TDM dalam melahirkan anggota berdisiplin, berkualiti dan berwibawa demi mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.