Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEHILANGAN TERJAWAB, NADIA KESUMA MENINGGAL DUNIA AKIBAT SAKIT JANTUNG

DALAM NEGARA

KEHILANGAN TERJAWAB, NADIA KESUMA MENINGGAL DUNIA AKIBAT SAKIT JANTUNG

Perkara tersebut disahkan oleh suaminya Muhammad Kamarul Kabilan, yang memaklumkan isterinya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, meninggal dunia akibat sakit jantung. 

KUALA LUMPUR: Desas-desus kehilangan pelakon Nadia Kesuma selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, terjawab selepas dia dilaporkan sudah meninggal dunia pada Khamis lalu. 

Perkara tersebut disahkan oleh suaminya Muhammad Kamarul Kabilan, yang memaklumkan isterinya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, meninggal dunia akibat sakit jantung. 

“Dengan rasa dukacita, saya ingin mengumumkan pemergian isteri tercinta yang telah meninggal dunia di Jeddah pada 15 Januari 2026 jam 8.07 pagi.

“Semoga Allah merahmatinya dengan keampunan. Saya akan merindui awak sentiasa. Saya gembira kerana saya dapat menghantar anda ke destinasi terakhir anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Sementara itu anak perempuannya turut mengesahkan kematian ibunya menerusi aplikasi Threads. 

“Arwah meninggal disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di lapangan terbang Jeddah.

“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada jam 11:10 malam. Berita tersebut disampaikan oleh syarikat pelancongan itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu.–AlHijrah Online 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading