Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH RUNTUH TAMAN BUKIT TERATAI AMPANG, PAIP BAWAH TANAH BOCOR

DALAM NEGARA

TANAH RUNTUH TAMAN BUKIT TERATAI AMPANG, PAIP BAWAH TANAH BOCOR

Lereng bukit setinggi 20 kaki (6,096 meter) dilaporkan runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang di sini pagi tadi, dipercayai berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah.

KUALA LUMPUR: Lereng bukit setinggi 20 kaki (6,096 meter) dilaporkan runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang di sini pagi tadi, dipercayai berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 9.19 pagi.

Beliau berkata sebuah jentera bersama enam anggota dan sebuah Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 9.28 pagi didapati berlaku runtuhan tanah pada ketinggian 20 kaki, bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan rumah ataupun mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata bomba kini menjalankan kerja pemantauan di lokasi runtuhan bagi memastikan keadaan selamat dan tidak membahayakan penduduk kawasan berkenaan.-Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading