Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PULAU PINANG BAKAL CATAT KEMISKINAN TEGAR SIFAR MENJELANG JUN 2024 – PM

DALAM NEGARA

PULAU PINANG BAKAL CATAT KEMISKINAN TEGAR SIFAR MENJELANG JUN 2024 – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu bakal menyaksikan keluarga terbabit dibawa keluar daripada kategori miskin tegar seterusnya membolehkan Pulau Pinang mencapai status kemiskinan tegar sifar menjelang 1 Jun 2024. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengagihkan bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk MADANI di Masjid Kubang Semang hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow. –fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berusaha menyelesaikan masalah lebih 100 keluarga miskin tegar di negeri itu dalam tempoh sebulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu bakal menyaksikan keluarga terbabit dibawa keluar daripada kategori miskin tegar seterusnya membolehkan Pulau Pinang mencapai status kemiskinan tegar sifar menjelang 1 Jun 2024. 

“Selain itu, beberapa masalah kecil tetapi penting bagi rakyat seperti klinik desa di Bayan Lepas yang memerlukan peruntukan sekitar RM11 juta, saya luluskan segera.

“Saya juga tekankan keperluan selain daripada memacu pertumbuhan dan industri, kita juga tekankan keperluan sektor-sektor yang tinggi keupayaan seperti AI (kecerdasan buatan), digital dan mikrocip,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar di sini sempena lawatan beliau ke Pulau Pinang hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang yang kini disegerakan adalah antara perkara yang disentuh dalam taklimat tersebut.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan juga akan memberi perhatian kepada kelompok nelayan dan pertanian, perumahan serta perniagaan peringkat rendah di negeri ini.

Taklimat sejam itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, ketua jabatan dan kerajaan pusat serta negeri yang terlibat. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading