Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PULUHAN JEMAAH UMRAH INDIA MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI ARAB SAUDI

DUNIA

PULUHAN JEMAAH UMRAH INDIA MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI ARAB SAUDI

Puluhan jemaah umrah dari India maut dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi pada malam Ahad ketika dalam perjalanan menuju ke kota suci Madinah.

Sumber: Media sosial

NEW DELHI: Puluhan jemaah umrah dari India maut dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi pada malam Ahad ketika dalam perjalanan menuju ke kota suci Madinah.

Bas yang membawa mereka dari Makkah berlanggar dengan sebuah lori tangki berhampiran Madinah, mengakibatkan kebakaran besar.

Ramai daripada jemaah terbabit berasal dari negeri Telangana di selatan India, dengan angka korban dilaporkan mencecah 42 orang, menurut media India pada Isnin.

Kedutaan India di Riyadh dan konsulat di Jeddah “kini memberikan sokongan penuh kepada rakyatnya dan keluarga yang terjejas akibat kemalangan ini,” kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar dalam hantaran di platform sosial X.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading