MAKKAH: Jika dlihat dari luar, bangunan yang menempatkan Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) Syisyah kelihatan seperti biasa sahaja tetapi apabila berada di dalamnya, pengunjung pasti teruja melihat segala kelengkapan perubatan yang disediakan.
Bukan sahaja mempunyai wad sendiri, tetapi TH juga melengkapkan perkhidmatan mereka dengan menempatkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang, 18 ambulans dan peralatan perubatan mencukupi.
Pengarah Operasi Perubatan Makkah Dr Mohamad Nazarudin Bahari berkata lebih membanggakan apabila setiap analisis dan pemantauan pegawai perubatan Malaysia diterima tanpa sebarang keraguan oleh doktor yang bertugas di Hospital Arab Saudi sama ada di Makkah dan Madinah.
Katanya, keadaan sedemikian membolehkan pesakit mendapat rawatan segera dan pegawai perubatan TH mudah melakukan pemantauan berterusan.
“Pusat Rawatan Syisyah dan klinik kesihatan lain di tempat penginapan jemaah haji sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
“Jika pada 2012 ketika saya baru sampai di Makkah, hanya ada dua pakar sahaja dan ia makin bertambah pada tahun selepasnya. Sekarang ini kita mempunyai 24 orang pakar. Itupun sebenarnya masih ramai doktor pakar lain tetapi mereka berstatus pegawai perubatan di sini,” katanya kepada pemberita.
Pengarah Operasi Perubatan Makkah Dr Mohamad Nazarudin Bahari
Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengagumi kebolehan dan kepatuhan Malaysia dalam bidang perubatan, malah sebagai memenuhi syarat, kesemua doktor bertugas akan menghantar sijil kelayakan mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan terlibat dalam operasi musim haji.
“Jika dibandingkan dengan negara lain, TH memang menyediakan perkhidmatan terbaik dari pelbagai segi. Ada ketika saya bersama pasukan kecemasan untuk pemeriksaan ambulans di Bulan Sabit Merah Jeddah.
“Apabila datang sahaja ambulans Malaysia, petugas Arab Saudi sangat puji dan mereka melahirkan rasa kepercayaan terhadap Malaysia. Kesemua 18 buah ambulans kita memang bagus dan petugas itu hanya hendak tengok sahaja, ” katanya.
Sementara itu, dalam majlis perhimpunan petugas bersama Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, pasukan perubatan TH menerima pujian kerana berjaya memperoleh permit beroperasi daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Lebih membanggakan apabila Pusat Rawatan TH bagi sektor Madinah diiktiraf sebagai pusat operasi perubatan yang pertama di seluruh Arab Saudi manakala Pusat Rawatan TH Syisyah dan Pusat Kecemasan di Abraj Al Janadriah memperoleh permit yang pertama dan kedua di Makkah.
Ketika berucap, Syed Saleh berkata pasukan perubatan bukan sahaja membuktikan kebolehan Malaysia dalam memastikan mutu perkhidmatan kesihatan tetapi juga mencipta rekod tersendiri di peringkat antarabangsa.
Mengikut rekod, pusat rawatan di Madinah dan Makkah menyediakan seramai 254 petugas termasuk 28 pakar, 35 pegawai perubatan serta 158 kakitangan sokongan seperti jururawat dan fisioterapi. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests