KERETA TERJUNAM DALAM SUNGAI: MAYAT WANITA, DUA ANAK DITEMUKAN
Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Masyitoh dari arah Kuala Ketil menghala ke Sungai Petani telah hilang kawalan ke kiri jalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Muda.
Keadaan kereta yang terjunam ketika dinaikkan oleh kren. Gambar kecil: Masyitoh Ibrahim dan dua orang anaknya yang ditemui lemas pagi tadi.
ALOR SETAR: Mayat tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling (sempadan Baling-Sungai Petani), semalam ditemukan awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata mayat Masyitoh Ibrahim, 37, dan dua anak lelakinya Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dijumpai di dalam kereta jenis Proton Persona yang tenggelam di dalam sungai itu.
“Mayat guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, Kuala Ketil itu ditemukan bersama dua anaknya yang merupakan murid tahun satu dan prasekolah di sekolah yang sama. Kesemua mereka yang tinggal di Lorong Kemboja, Sungai Petani itu memakai tali pinggang keledar.
“Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Masyitoh dari arah Kuala Ketil menghala ke Sungai Petani telah hilang kawalan ke kiri jalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Muda,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata mayat tiga beranak itu telah dibawa ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.42 petang semalam berhubung kejadian sebuah kereta terbabas ke dalam sungai.
“Kereta itu berjaya dinaikkan pada 3.30 pagi dan kesemua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 4.43 pagi,” katanya. –AlHijrah Online
“Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang membuat selaman telah berjaya menemukan kereta berkenaan kira-kira pukul 1.41 pagi di kedalaman 25 kaki. Anggota PPDA telah membantu memasang kabel bagi membolehkan kren membawa naik kereta itu ke darat.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager