Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

QARI SARAWAK DIJEMPUT KE HAFLAH DI INDIA, ALUN AYAT AL-QURAN IKUT TARANNUM GAYA MALAYSIA

DALAM NEGARA

QARI SARAWAK DIJEMPUT KE HAFLAH DI INDIA, ALUN AYAT AL-QURAN IKUT TARANNUM GAYA MALAYSIA

KUCHING: Qari dari Sarawak, Hadi Mohd Sharkawi mengharumkan nama negara selepas terpilih sebagai qari jemputan dalam haflah di India dan mengambil kesempatan mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran mengikut tarannum gaya Malaysia.

Haflah atau ‘Pesta’ Al-Quran Peringkat Kebangsaan India itu diadakan di empat daerah di Uttar Pradesh, negeri yang mempunyai ramai populasi Islam di India.

Menceritakan kembali pengalaman manisnya itu, dia bertuah kerana berada di dalam majlis ilmu yang cukup meriah dan dikelilingi individu yang mencintai Al-Quran.

“Antara perkara yang saya kagum ialah walaupun program tersebut sehingga jam 2-3 pagi, namun jumlah orang yang hadir amat ramai ibarat konsert di stadium.

“Orang ramai yang datang tunggu hingga tamat program. Bila kita alunkan ayat suci Al-Quran ramai yang hayati bacaan, bertakbir dan berzikir,” katanya.

Haflah tersebut diadakan di Madrasah Darul Qiraat Ubay Ibnu Kaab di Moradabat; Madrasah Darul Ulum di Meerut; Universiti Muslim Aligarh di Aligarh; dan Madrasah Darul Ulum di Hasanpur dengan dibanjiri ribuan peserta.

Beliau berharap haflah sedemikian dapat diperbanyakkan di Malaysia bagi memupuk budaya mencintai serta mendekati Al-Quran. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading