NABLUS: “Tiada sebarang hiasan apa lagi lagu-lagu riang. Aktiviti jual beli pun tiada langsung.
Suasana dan perasaan menyambut bulan suci Ramadan di pasar bandar Nablus (utara Tebing Barat) kali ini sangat suram,” luah seorang warganya Abdul Latif Al-Kharaz.
Bercerita kepada Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) Al-Kharaz berkata Ramadan tahun ini berbeza sama sekali dengan tahun-tahun sebelumnya.
Beliau yang juga seorang penjaja di bandar lama Nablus selama bertahun-tahun berkata bulan Ramadan di bandar ini biasanya disambut dengan meriah dan istimewa kecuali tahun ini disebabkan pencerobohan Israel tanpa henti ke atas Gaza sejak 7 Okt lepas.
“Kebiasaannya sehari sebelum menjelang Ramadan, pasar-pasar di bandar ini akan sesak dengan pengunjung dan mereka mengambil masa yang lama untuk membeli barangan kerana pergerakan yang terbatas akibat terlampau sesak”, katanya.
Warga tempatan, Ummu Mustafa Abu Hatab yang merupakan pelanggan tetap di pasar tersebut, turut mengakui hakikat itu.
“Tahun ini menjadi tahun yang sangat suram terutama penduduk Gaza yang terpaksa berhempas-pulas bagi mendapatkan sekeping roti untuk dimakan malah mungkin mereka terpaksa berpuasa sepanjang hari kerana tiada makanan,” katanya.
Rakyat Palestin berusaha mencari tawaran harga terendah untuk membeli barang keperluan ketika konflik ini selain mengehadkan diri mereka untuk membeli barang yang diperlukan sahaja.
Seorang peniaga Alaa Saad El Din menggambarkan keadaan yang dihadapi penduduk di sini ketika ini amat sukar dalam semua perkara dan keadaan.
“Biasanya kami melihat suasana yang sibuk di pasar Nablus sebulan sebelum tibanya Ramadan, tetapi pada tahun ini orang ramai hanya mula membeli barang keperluan mereka sejak dua hari lepas dan suasana amat berlainan berbanding tahun-tahun sebelumnya”.
Jurucakap media Dewan Perniagaan dan Perindustrian Nablus, Yassin Dweikat berkata bulan Ramadan seharusnya menjadi bulan yang terbaik bagi peniaga dari segi jualan dan keuntungan terutama di bandar lama Nablus.
“Tetapi semuanya berubah pada tahun ini apabila keadaan ekonomi kami juga sangat memeritkan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.
“Hal ini diburukkan lagi dengan pencerobahan berterusan Israel ke atas semenanjung Gaza yang sudah berlarutan selama lebih lima bulan.
“Bandar Nablus juga kini dikelilingi oleh 31 pusat pemeriksaan dan 14 pagar besi yang telah menghalang pergerakan penduduk bandar dan menjejaskan hampir keseluruhan ekonomi di sini,” katanya.
Menurutnya, rata-rata penduduk Palestin tidak mempunyai pekerjaan kerana majikan tidak mampu membayar gaji selain harta mereka juga disita oleh Zionis Israel kerana kononnya tidak membayar cukai.
“Oleh sebab itu mereka hanya mengehadkan pembelian dan membeli barang yang mereka benar-benar perlu sahaja”, katanya.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas membunuh 31,112 rakyat Palestin dan mencederakan 72,760 penduduk selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager