Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RADZI JIDIN MAHU JUMPA CIKGU MOHD FADLI

DALAM NEGARA

RADZI JIDIN MAHU JUMPA CIKGU MOHD FADLI

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mahu bertemu cikgu Mohd Fadli Salleh bagi mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru tersebut.

Gambar Fail. — Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mahu bertemu cikgu Mohd Fadli Salleh bagi mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru tersebut.

Hasrat itu disampaikan Radzi dalam satu hantaran di Facebook.

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya.

Sebelum ini perkongsian guru terbabit yang mendakwa berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan masalah silibus aras tinggi bagi subjek matematik dan isu beg berat murid mendapat perhatian orang ramai.

Guru tersebut turut menyuarakan isu masa belajar dan bilangan murid dalam kelas. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading