Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI MERAUNG MELIHAT ISTERI MAUT TERBAKAR

DALAM NEGARA

SUAMI MERAUNG MELIHAT ISTERI MAUT TERBAKAR

SIMPANG RENGGAM: Jeritan seorang suami melihat isterinya maut terbakar selepas terlibat kemalangan jalan raya semalam menyayat hati orang ramai.

Video kejadian telah dirakam dan menunjukkan lelaki itu meraung melihat isterinya terbakar dalam sebuah kenderaan.

“Allah! Allahuakbar! Saya tidak tinggal awak, yang. Allah, Itu bini saya bang. Allah.. Allah… Allah,” jerit lelaki tersebut.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian telah bertindak menenangkan lelaki itu.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor, nahas di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan tersebut melibatkan empat kenderaan iaitu Proton Wira, Toyota Vios, Proton Preve dan lori Isuzu.

Tiga kenderaan terbakar dalam kejadian itu dengan dua individu disahkan rentung.

Mangsa yang rentung adalah penumpang Proton Wira, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28 yang ditemui tersepit dan rentung dalam kenderaan tersebut sementara pemandu berjaya keluar dari kenderaan.

Seorang lagi mangsa rentung menaiki kereta Toyota Vios namun identitinya belum dikenal pasti.

Mohd Fauzi berkata kenderaan terlibat kebakaran ialah lori Isuzu yang terbakar 70 peratus manakala kereta Proton Wira dan Toyota Vios terbakar 90 peratus.

Tambahnya kesemua penumpang lori Isuzu dan Proton Preve tidak mengalami kecederaan dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading