Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAIH HAMPIR RM2 JUTA DALAM MASA KURANG 36 JAM, KUTIPAN BELI TANAH MASJID JAMEK AR-RIDZUAN DITUTUP SECARA RASMI

DALAM NEGARA

RAIH HAMPIR RM2 JUTA DALAM MASA KURANG 36 JAM, KUTIPAN BELI TANAH MASJID JAMEK AR-RIDZUAN DITUTUP SECARA RASMI

BAGAN SERAI: Sumbangan orang ramai untuk menebus semula sebahagian tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu daripada pemiliknya yang bukan Islam ditutup secara rasmi selepas berjaya mengumpul hampir RM2 juta. 

Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Yusuf Majid berkata, setakat pukul 8.30 malam tadi RM1,977,482.20 telah berjaya dikumpul.

“Selepas tabung tersebut dilancarkan dalam tempoh kurang 36 jam, jumlah sumbangan tersebut telah berjaya terkumpul.

“Kami amat terharu dan bersyukur dengan sokongan luar biasa daripada umat Islam seluruh negara yang bersama-sama menyumbang bagi merealisasikan usaha pembelian tanah masjid ini yang sebahagiannya dimilik pemilik bukan Islam,”katanya ketika dihubungi.

Menurut Yusuf, kejayaan mengumpul sumbangan derma sebanyak itu membuktikan umat Islam mampu bersatu apabila matlamatnya jelas dan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.

“Ini satu kemenangan buat kita semua. Allah telah gerakkan hati-hati umat Islam di seluruh tanah air untuk bersolidariti membantu.

“Sebagai tanda penghargaan dan makluman kepada para penyumbang, satu siaran langsung di media sosial akan diadakan dari Masjid Jamek Ar-Ridzuan malam ini bagi mengumumkan keseluruhan jumlah kutipan,” katanya.

Menjelaskan mengenai situasi Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu jelas beliau, sebanyak RM 1.8 juta diperlukan bagi menyelamatkan tanah wakaf itu yang sebahagianmya kini dimiliki oleh individu bukan Islam.

Menurutnya, kemelut berpunca apabila tanah berkeluasan 0.61 hektar itu dijual oleh waris pewakaf tanpa pengetahuan pihak masjid.

“Lot tanah berkenaan menempatkan struktur penting masjid termasuk dewan Muslimah, tandas wanita serta lebih 30 pusara.

“Pihak masjid hanya menyedari perubahan hak milik tanah itu sekitar tahun 2015 ketika proses pengukuran semula kawasan tanah perkuburan bagi membina pagar di kawasan itu,” katanya.

Yusuf berkata, pengurusan masjid terkejut apabila mendapati tanah itu berpindah milik kepada individu bukan Islam dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan kemudiannya dijual pula kepada individu bukan Islam yang kini menetap di Kuala Lumpur.

“Pemilik baru langsung tidak dimaklumkan tanah dibeli mempunyai struktur berkaitan rumah ibadat dan tanah perkuburan Islam,” katanya.

Ujar beliau, pemilik tanah itu bagaimanapun menawarkan dua pilihan kepada pengurusan masjid sama ada membeli semula tanah itu atau merobohkan semua struktur dibina di dalam tanah miliknya.

Yusuf berkata, selepas beberapa kali rundingan dilakukan, pemilik tanah itu bersetuju menurunkan harga kepada RM1.8 juta. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading