Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TV ALHIJRAH CAPAI KEDUDUKAN ‘TOP 3’ SALURAN TV PADA RAMADAN

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH CAPAI KEDUDUKAN ‘TOP 3’ SALURAN TV PADA RAMADAN

KUALA LUMPUR: TV AlHijrah berjaya menduduki tangga ketiga terbaik bagi saluran-saluran tv di Malaysia pada minggu pertama Ramadan 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika hadir pada Sidang Media Program Ramadan TV AlHijrah pada Februari lalu.

KUALA LUMPUR: TV AlHijrah berjaya menduduki tangga ketiga terbaik bagi saluran-saluran tv di Malaysia pada minggu pertama Ramadan 2025.

Pencapaian membanggakan itu bukti stesen televisyen Islam utama negara itu menjadi pilihan penonton bagi kandungan-kandungan dakwah dan ilmu berteraskan Al-Quran.

Kedudukan secara keseluruhan sepanjang bulan penuh keberkatan itu pula menyaksikan TV AlHijrah berada pada kedudukan enam terbaik saluran-saluran tv di Malaysia, menjadikan ia pencapaian terbaik sepanjang 15 tahun penubuhan TV AlHijrah.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata kejayaan tersebut hasil penambahbaikan kandungan dan strategi penyiaran yang dilaksanakan TV AlHijrah dalam mengajak umat Islam memilih saluran padat ilmu pada bulan Ramadan.

“Kejayaan ini membuktikan komitmen TV AlHijrah dalam menyediakan kandungan yang menepati jiwa penonton, sarat mesej dakwah dan nilai murni, terutamanya pada bulan yang ramai umat Islam mencari pengampunan dan keberkatan.

“Ia terbukti apabila program Taddarus yang disiarkan pada slot 11 malam berjaya meningkatkan tontonan 3 kali ganda pada slot tersebut berbanding Ramadan tahun lalu,” katanya,

Selain itu katanya pada Ramadan tahun ini, tontonan TV AlHijrah berjaya mencecah lebih 100 ribu tontonan seawal jam 5 pagi.

Program Assalamualaikum Sahur yang disiarkan pada slot 5 pagi hingga 6 pagi telah merekodkan peningkatan lebih 2 kali ganda berbanding tempoh yang sama pada Ramadan tahun lalu.

Prestasi baik TV AlHijrah pada Ramadan membuktikan bahawa penonton semakin menghargai kandungan berteraskan kerohanian dan ilmu, sekali gus mengukuhkan peranan TV AlHijrah sebagai penyedia kandungan Islam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading