Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MONSUN BARAT DAYA BERMULA 10 MEI SEHINGGA SEPTEMBER – METMALAYSIA

DALAM NEGARA

MONSUN BARAT DAYA BERMULA 10 MEI SEHINGGA SEPTEMBER – METMALAYSIA

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 10 Mei dan berterusan sehingga September ini susulan tiupan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara.

KUALA LUMPUR: Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 10 Mei dan berterusan sehingga September ini susulan tiupan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata sepanjang musim tersebut, kadar kelembapan udara lazimnya rendah, sekali gus menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat.

“Sehubungan itu, negara akan menerima jumlah hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

“Bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah, terutamanya pada awal pagi, berikutan kehadiran fenomena garis badai (squall line). Ia merupakan barisan ribut petir yang terbentuk akibat daripada penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketika kemuncak monsun berkenaan iaitu antara Julai hingga September, fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.

Mohd Hisham turut menasihatkan agar sebarang pembakaran terbuka dielakkan bagi mengurangkan risiko pencemaran jerebu, selain menggalakkan orang ramai menggunakan air secara berhemah sepanjang musim itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi jabatan berkenaan atau menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading