Connect with us

ALHIJRAH NEWS

RAJA SALMAN TAJA 1000 JEMAAH UMRAH DARI SELURUH DUNIA

DUNIA

RAJA SALMAN TAJA 1000 JEMAAH UMRAH DARI SELURUH DUNIA

Inisiatif berkenaan membolehkan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan umrah serta menziarahi tanah suci dalam keadaan yang tenang dan selesa.

RIYADH: Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud meluluskan kedatangan 1,000 jemaah umrah lelaki dan wanita dari seluruh dunia atas perbelanjaan peribadi baginda menerusi Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Lawatan.

Menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA), inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan itu akan dijalankan dalam empat fasa sepanjang tahun 1448 Hijrah.

Kumpulan pertama program berkenaan melibatkan 250 peserta dari 16 negara Asia, termasuk Indonesia, Timor-Leste, Filipina, Malaysia, Kemboja, Thailand, Vietnam, Laos, Singapura, China, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Mongolia.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan merangkap Penyelia Am program itu, Syeikh Dr Abdullatif Al Alsheikh, merakamkan penghargaan kepada Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota atas komitmen berterusan mereka dalam berkhidmat kepada Islam dan umat Islam.

Inisiatif berkenaan membolehkan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan umrah serta menziarahi tanah suci dalam keadaan yang tenang dan selesa.

Menurutnya, program itu turut mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi dalam mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama umat Islam, selain menonjolkan misi kemanusiaan dan keagamaan negara itu dalam membina jaringan komunikasi dengan cendekiawan, ulama serta tokoh berpengaruh dalam masyarakat Islam di seluruh dunia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading