Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WAKTU KHAS MASUK HIJIR ISMAIL BAGI LELAKI, WANITA DITETAPKAN

DUNIA

WAKTU KHAS MASUK HIJIR ISMAIL BAGI LELAKI, WANITA DITETAPKAN

Langkah itu diumumkan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah, memastikan aliran pergerakan jemaah lebih teratur serta meningkatkan keselesaan dan pengalaman pengunjung di Masjidil Haram.

MAKKAH: Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menetapkan waktu khas kemasukan ke Hijir Ismail bagi jemaah lelaki dan wanita sebagai usaha mengawal pergerakan serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan di Masjidil Haram.

Menurut pihak berkuasa berkenaan, jemaah wanita dibenarkan memasuki Hijir Ismail setiap hari dari jam 6 pagi hingga 9 pagi, manakala jemaah lelaki pula boleh memasuki kawasan itu dari jam 10 malam hingga 1 pagi.

Langkah itu diumumkan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah, memastikan aliran pergerakan jemaah lebih teratur serta meningkatkan keselesaan dan pengalaman pengunjung di Masjidil Haram.

Pengumuman berkenaan dilaporkan oleh Agensi Berita Arab Saudi (SPA). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading