Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAKYAT GAZA DERITA PENYAKIT BAWAAN AIR – EQA

DUNIA

RAKYAT GAZA DERITA PENYAKIT BAWAAN AIR – EQA

Pengeboman Israel terhadap saluran kumbahan terutama di Loji Sheikh Radwan, mengakibatkan kejadian banjir hingga mencapai tahap kritikal akibat pengumpulan air hujan dan kebocoran sisa kumbahan

Penduduk Palestin yang dipindahkan beratur untuk menambah bekalan air mereka daripada trak yang disediakan oleh NGO di kem khemah sementara di Rafah berhampiran sempadan dengan Mesir di selatan Semenanjung Gaza –foto AFP

RAMALLAH: Sekitar 66 peratus rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menghidap penyakit bawaan air seperti taun, cirit-birit kronik dan penyakit usus ekoran kekurangan sumber air bersih dan penutupan semua loji penyahgaraman disebabkan pencerobohan berterusan Israel, menurut Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar (EQA) wilayah itu.

Pengeboman Israel terhadap saluran kumbahan terutama di Loji Sheikh Radwan, mengakibatkan kejadian banjir hingga mencapai tahap kritikal akibat pengumpulan air hujan dan kebocoran sisa kumbahan, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

EQA dalam satu kenyataan mendedahkan kira-kira 50,000 pokok dan beribu-ribu ekar tanah pertanian, tapak semaian serta kebun turut musnah disebabkan pencerobohan itu hingga membawa kepada pertambahan kawasan gurun, kehilangan biodiversiti, kemerosotan kualiti tanah dan peningkatan pelepasan karbon dioksida.

Pencerobohan itu bukan sahaja menjadi malapetaka kemanusiaan, tetapi turut memusnahkan komponen alam sekitar, menurut EQA. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading