KERAJAAN BELUM MUKTAMADKAN KAJIAN SEMULA SKIM PENJAWAT AWAM – FAHMI
JASIN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sistem saraan perkhidmatan awam masih belum dimuktamadkan sepenuhnya memandangkan kajian terperinci sedang dilaksanakan kerajaan.
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil. – Bernama
JASIN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sistem saraan perkhidmatan awam masih belum dimuktamadkan sepenuhnya memandangkan kajian terperinci sedang dilaksanakan kerajaan.
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata setakat ini, belum ada pengumuman khusus terhadap skim saraan baharu itu, selain pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memaklumkan suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.
“Maka, pendirian saya kita memberi peluang kepada pihak yang berwajib untuk memberikan penjelasan dan insya-Allah, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tadi memberikan penjelasan yang lebih penuh akan diberi termasuk konteks (berhubung skim baharu itu) sama ada bebanan hutang negara dan juga sebarang implikasi kewangan yang memberi kesan dari segi perbelanjaan mengurus setiap tahun di peringkat Persekutuan.
“Jadi, sekiranya kita ingin memberi komen, bagi saya wajar kita bersikap adil dan mendapatkan penjelasan penuh (daripada pihak berkaitan),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA di Kampung Pulai, Serkam di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarang yang menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-Ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman dan Pengarah Projek HAWANA merangkap Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Fahmi menyampaikan sumbangan berkenaan kepada bekas penerbit rancangan RTM Melaka Norazlin Mohamad, 52, yang kini menghidap masalah buah pinggang dan diabetes sehingga menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong.
Mengulas lanjut, beliau berkata antara kajian yang sedang dijalankan ialah skim itu juga turut terpakai kepada wakil rakyat dan menegaskan ia tidak bersifat retrospektif iaitu memberi kesan kepada lantikan terdahulu.
“Dalam isu sama ada (penjawat awam) tidak lagi berpencen selepas ini, kita akan kaji juga contohnya kalau penjawat awam pengambilan baharu, lantikan baharu, maka Ahli Parlimen selepas itu juga tidak berpencen.
“Tapi pencen ini penting sama ada untuk kakitangan awam, anggota pentadbiran atau Ahli Parlimen, semua mempunyai punca kuasa daripada akta-akta, dan akta-akta seperti yang kita semua sedia maklum tidak bersifat retrospektif, bermaksud ia tidak terpakai untuk yang sedang dalam perkhidmatan,” katanya.
Beliau berkata skim baharu itu juga perlu diluluskan di Parlimen sebelum ia boleh dikuatkuasakan oleh kerajaan dan meminta rakyat tidak mensensasikan perkara berkenaan sehingga boleh menimbulkan fitnah.
“Maka, beri sedikit ruang untuk kita mendapatkan maklumat penuh. Isunya ialah kadangkala berita disensasikan tanpa maklumat penuh dan hal itu menjadi fitnah … ini yang sedikit merisaukan,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked