Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz ketika bercakap dalam Wacana Sinar Ke-89 membicarakan topik Raja Berperlembagaan: Kedaulatan dan Cabaran yang berlangsung di Dewan Karangkraf, di sini, semalam. – Foto SINAR HARIAN
SHAH ALAM, 31 Januari – Tahap
kefahaman mengenai institusi raja atau raja berpelembagaan dalam kalangan
rakyat di negara ini masih rendah.
Sinar Online melaporkan pakar
Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr
Shamrahayu Ab Aziz berkata, beliau percaya ramai dibesarkan dengan fahaman
bahawa Raja Melayu bertindak atas nasihat dan tidak memahami maksud sebenar.
“Saya beri contoh pembubaran Dun
dan Dewan Rakyat. Tapi Dewan Rakyat tidak mempunyai masalah.”
Setakat ini ada masalah di
peringkat negeri tentang pembubaran Dun. Apabila seorang menteri besar
dikatakan hilang kepercayaan majoriti, beliau akan mengadap sultan untuk
memohon supaya Dun itu dibubarkan.
Itu adalah satu permintaan dan
dari situ raja mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak bubar dewan tersebut.
Tapi kita lihat apa yang ditulis di media-media sosial oleh rakyat yang
menyatakan kenapa raja tidak bertindak atas nasihat.
Perkataan nasihat itu sering
disalah erti kerana perkataan dalam perlembagaan dalam versi bahasa Inggeris,
kita guna advice yang membawa maksud perkara yang baik-baik. Ia adalah
pertentangan kepada perkataan vice. Raja juga perlu menerima nasihat yang
baik-baik.
Ini kerana dalam perlembagaan
diberikan hak kepada raja-raja untuk meminta maklumat daripada kerajaan tentang
situasi semasa negeri. Baginda berhak. Perkara tersebut ada ditulis dalam
perkara 40 (1) walaupun bertindak atas nasihat tetapi baginda mempunyai hak
untuk mengetahui tentang hal ehwal semasa negeri.
Selain itu terdapat polemik
berkaitan istilah raja sebagai simbol. Apabila simbol, raja perlu bertindak
atas nasihat tanpa mengambil kira peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan
kuasa budi bicara yang mutlak kepada raja-raja.
Maknanya ada lagi ciri-ciri yang
dikatakan budi bicara kepada raja itu. Dalam Perkara 181 Perlembagaan
Persekutuan menyebut kedaulatan raja adalah kekal sebagaimana sebelum ini.
Apabila menyatakan raja-raja itu mempunyai kedaulatan, baginda mempunyai kuasa
dan kekuasaan. Perkataan kedaulatan itu menyatakan tentang ada kedaulatan,
kuasa dan kekuasaan.
Kalau ada kedaulatan tetapi
perlembagaan tidak memberikan baginda kuasa, maka tidak ada kekuasaan dan ia
tidak bererti. Tapi, raja berpelembagaan walaupun bertindak dalam kebanyakan
perkara atas nasihat tetapi ada ruang-ruang diberikan kepada baginda menerusi
perlembagaan.
Cabaran utama adalah dari segi
kefahaman sejarah dan perlembagaan itu sendiri. Sebagai pelajar undang-undang,
saya boleh katakan bahan baca mengenai perkara ini belum lengkap.
Kalau kita lihat kepada
perlembagaan ini, bila saya senaraikan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong atau
raja diperingkat negeri, ia amat luas sebenarnya. Kita jelas tentang soal agama
di bawah budi bicara raja yang tak boleh dipersoalkan.
Tetapi malangnya, ada
negeri-negeri terutama yang tidak mempunyai raja ini membuat satu undang-undang
berkaitan agama tertakluk kepada Yang Dipertua Negeri bukan kepada Yang
di-Pertuan Agong.
Jika negeri yang tidak ada raja,
ketua agama Islam adalah Yang di-Pertuan Agong. Dalam perundangan kita sendiri
tidak meraikan apa yang ada dalam perlembagaan. Sebagai contoh Perkara 35 dalam
Perlembagaan Persekutuan menyatakan tentang peranan Majlis Agama Islam untuk
menasihati Yang di-Pertuan Agong dan ini tidak direalisasikan di peringkat
negeri-negeri yang tidak ada raja.
Dalam isu semasa berkaitan
lantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ia perlu dilakukan oleh Yang
di-Pertuan Agong setelah berbincang dengan Majlis Raja-raja. Tidak ada peranan
institusi politik dan institusi demokrasi di situ. Dalam cabaran ini perlu kita
gunakan sistem pendidikan formal dan penyelesaian di peringkat tidak formal.
Saya percaya kita masih keliru
dengan identiti negara. Kalau kita lihat perlembagaan, ramai melihat ia sebagai
undang-undang. Perlembagaan ini bukan hanya undang-undang sebaliknya dokumen
sosial tentang ketatanegaraan kefahaman tentang perlembagaan, asasnya untuk
membentuk jati diri dan memahami asas kenegaraan.
Apabila telah mantap dengan asas
kenegaraan ini, baharulah institusi raja berpelembagaan dapat difahami dengan
mantap. Sekarang masih timbul polemik nak raja atau tidak di media sosial. Kita
perlu tegaskan segala indentiti itu ada dalam perlembagaan dan ia perlu dididik
bukan sebagai undang-undang sahaja.
Pemantapan jati diri dilaksanakan
di pelbagai peringkat termasuklah berkaitan perkara berkaitan raja
berpelembagaan. Dalam kurikulum pendidikan ia perlu dimasukkan sama ada secaa
formal atau tidak.
Institusi beraja ini tidak boleh
dibicarakan secara bermusim, ia perlu setiap masa dan dihayati oleh rakyat
setiap. Kalau bercakap tentang undang-undang selama mana kamu tidak dapat
selesaikan masalah kerana perkara telah berlaku, baharulah undang-undang itu
datang tetapi perlembagaan itu membentuk jati diri rakyat dan asas kenegaraan.
Saya melihat istilah raja
berperlembagaan ini dikenali rakyat Malaysia. Kalau ditanya tentang sistem apa
yang kita amalkan sekarang berkaitan institusi beraja ini, ramai mengatakan
kita amalkan sistem raja berpelembagaan. Sebenarnya dari sudut akademik, tidak
ramai menyenaraikan ciri-ciri raja berpelembagaan.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests