Kanak-kanak rayu kerajaan India haramkan PUBG mobile

Permainan PUBG yang diminati diseluruh dunia dikatakan memperomosikan keganasan dan buli – Foto Sinar Harian

INDIA, 31 Januari – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menulis surat kepada Kerajaan India supaya permainan Player Unknow Battleground Mobile (PUBG Mobile) diharamkan.

Sinar Harian memetik laporan portal berita India Today, kanak-kanak bernama Ahad, melalui surat empat muka yang dihantar minggu lalu memohon kerajaannya mengharamkan permainan itu kerana mempromosikan keganasan dan buli siber.

Selain itu dalam surat berkenaan, Ahad turut menyatakan PUBG Mobile memaparkan pembunuhan dan kelalaian melampau.

Surat tersebut dihantar kepada tujuh individu termasuk Menteri Pendidikan, Vinod Tawde dan Menteri Elektronik dan iT, Ravi Shankar Prasad.

Bagaimanapun surat yang dihantar Ahad itu tidak mendapat maklum balas walaupun mendapat perhatian daripada netizen di India.

Fenomena PUBG Mobile bukan sahaja berlaku di India malah di serata dunia termasuk Malaysia.

Di Malaysia, PUBG Mobile menjadi kegilaan pemain sehinggakan ada penganjuran rasmi permainan itu yang menawarkan hadiah ribuan ringgit buat pemain yang berjaya memperoleh ‘Chicken Dinner’.

Leave a Reply