Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Wanita Palestin mangsa terbaru Zionis

DUNIA

Wanita Palestin mangsa terbaru Zionis

Keganasan Zionis di Palestin melampaui norma kemanusiaan – Foto Sinar Harian

RAMALLAH, 31 Januari – Tentera Israel menembak mati seorang wanita Palestin di pos pemeriksaan Al-Zaayim berhampiran pintu masuk ke penempatan haram Maale Adumin di timur Baitulmaqdis, semalam.

Sinar Online memetik media tempatan melaporkan, tentera Israel melepaskan tembakan selepas wanita terbabit berlari sambil memegang pisau ke arah mereka.

Jurucakap polis Israel dalam kenyataannya berkata, wanita tersebut didakwa cuba menikam salah seorang anggota keselamatan yang ditempatkan di pos pemeriksaan berkenaan.

Wanita Palestin tersebut cedera parah dan meninggal dunia beberapa minit selepas ditembak.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan tentera Israel.

Pesuruhjaya polis Israel, Yoran Halevi yang melawat lokasi kejadian berkata, pihaknya sedang menyiasat motif dan dari mana wanita terbabit datang sambil menegaskan kawalan keselamatan di kawasan tersebut telah ditingkatkan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading