Connect with us

ALHIJRAH NEWS

REJIM ISRAEL BUNUH EMPAT RAKYAT GAZA DI TEH AL-HAWAA

DUNIA

REJIM ISRAEL BUNUH EMPAT RAKYAT GAZA DI TEH AL-HAWAA

Pesawat pejuang Israel melepaskan empat peluru berpandu yang menyasarkan sebuah blok kediaman di kawasan berkenaan, mengorbankan empat orang rakyat Gaza.

GAZA: Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas tentera Israel melancarkan serangan di kawasan berhampiran Jalan Al-Sinaa, Tel Al-Hawa, barat Bandar Gaza.

Menurut laporan, pesawat pejuang Israel melepaskan empat peluru berpandu yang menyasarkan sebuah blok kediaman di kawasan berkenaan.

Rakaman kejadian memperlihatkan penduduk bertempiaran menyelamatkan diri, manakala sebahagian daripada mereka berlindung di sebalik runtuhan bangunan ketika serangan berlaku.

Serangan itu dilaporkan mengorbankan penduduk awam, sementara mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading