Connect with us

ALHIJRAH NEWS

REPLIKA MASJID ATAS UNGGUN API, CETUS KECAMAN MASYARAKAT ISLAM

DUNIA

REPLIKA MASJID ATAS UNGGUN API, CETUS KECAMAN MASYARAKAT ISLAM

Polis di Ireland Utara mengklasifikasikan tindakan meletakkan replika sebuah masjid di atas unggun api sebelum dibakar di Moygashel, County Tyrone sebagai kesalahan jenayah bermotifkan kebencian.

TYRONE: Polis di Ireland Utara mengklasifikasikan tindakan meletakkan replika sebuah masjid di atas unggun api sebelum dibakar di Moygashel, County Tyrone sebagai kesalahan jenayah bermotifkan kebencian.

Seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan kerana disyaki mempamerkan bahan berunsur ugutan, menghina atau menghasut kebencian susulan insiden berkenaan.

Replika masjid itu diletakkan di atas unggun api yang kemudian dibakar sekitar 11.30 malam waktu tempatan.

Wakil Belfast Islamic Centre, Kashif Akram, menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang menyedihkan dan menghina komuniti Islam.

Sementara itu, Persatuan Unggun Api Moygashel dalam satu kenyataan mendakwa paparan berkenaan merupakan gabungan ekspresi budaya dan bantahan politik serta tidak menyasarkan mana-mana individu, sebaliknya ditujukan terhadap ideologi dan dasar kerajaan.

Sehingga kini, seorang lelaki masih berada dalam tahanan bagi membantu siasatan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading