Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ASET HARAM KELUARGA ASSAD 51 JUTA EURO KEMBALI KEPADA SYRIA

DUNIA

ASET HARAM KELUARGA ASSAD 51 JUTA EURO KEMBALI KEPADA SYRIA

Paris mengumumkan akan memulangkan harta rompakan keluarga Bashar Al-Assad berjumlah 51 juta euro kepada Syria.

DAMSYIK: Paris mengumumkan akan memulangkan harta rompakan keluarga Bashar Al-Assad berjumlah 51 juta euro kepada Syria.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata demikian dalam sidang media bersama rakan sejawatnya dari Syria, Ahmed Al-Sharaa ketika mengadakan lawatan ke Damsyik yang juga kali pertama sejak kejatuhan Bashar pada penghujung 2024.

“Lebih daripada 50 juta euro hasil rampasan aset yang diperoleh secara tidak sah oleh keluarga bekas diktator akan dipulangkan kepada Syria.

“Dana ini akan dikembalikan kepada rakyat Syria bagi membiayai projek-projek pembangunan di wilayah negara itu,” kata Macron.

Kedua-dua negara menandatangani beberapa perjanjian yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan pembinaan semula Syria selepas lebih sedekad ‘menghadap’ perang saudara.

Salah satu perjanjian itu membabitkan pemulangan wang yang dirampas Perancis daripada bapa saudara kepada bekas pemimpin Syria itu, Rifaat al-Assad.

Hasil rampasan kekayaan yang diperoleh secara haram oleh keluarga bekas diktator itu dan yang disita oleh sistem kehakiman Perancis akan dipulangkan kepada rakyat Syria bagi membiayai projek pembangunan di negara itu.

Rifaat melarikan diri dari  Syria pada 1984 selepas gagal dalam cubaan menggulingkan abangnya, Hafez al-Assad, sebelum berpindah ke Switzerland dan kemudian ke Perancis.

Beliau pernah mendakwa dirinya sebagai penentang kepada anak saudaranya, Bashar, yang mengambil alih pemerintahan selepas kematian Hafez pada 2000.

Pada 2021, Rifaat pulang ke Syria bagi mengelak menjalani hukuman penjara empat tahun selepas disabitkan atas kesalahan pengubahan wang haram dan penyelewengan dana awam Syria.

Namun keluarganya mengumumkan kematiannya pada Januari lalu pada usia 88 tahun.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading