Connect with us

ALHIJRAH NEWS

REMAJA DISAMUN, DIROGOL KETIKA BERJOGING

DALAM NEGARA

REMAJA DISAMUN, DIROGOL KETIKA BERJOGING

Seorang mekanik direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan samun terhadap seorang remaja perempuan di Palekbang, Tumpat pada 17 Jun lalu.

TUMPAT: Seorang mekanik direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan samun terhadap seorang remaja perempuan di Palekbang, Tumpat pada 17 Jun lalu.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 24 tahun itu bermula hari ini sehingga 14 Julai, telah dikeluarkan  Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 394 atas kesalahan samun sehingga menyebabkan kecederaan.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun berdepan detik hitam apabila dipercayai menjadi mangsa samun dan rogol oleh lelaki tidak dikenali ketika keluar berjoging bersama adik lelakinya di kawasan Palekbang, Tumpat ketika cuti awal Muharam.

Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan separuh sedar dengan mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala dan badan berhampiran kawasan semak kira-kira jam 11 pagi sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Remaja perempuan itu dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu dan turut menerima rawatan psikologi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading