Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA HILANG DI PANTAI CEMPAKA DITEMUKAN LEMAS

DALAM NEGARA

REMAJA HILANG DI PANTAI CEMPAKA DITEMUKAN LEMAS

Remaja lelaki yang didakwa hilang selepas dihanyutkan ombak semasa mandi di Pantai Cempaka di sini pada Jumaat, ditemukan lemas pada 11.50 malam tadi. 

KUANTAN: Remaja lelaki yang didakwa hilang selepas dihanyutkan ombak semasa mandi di Pantai Cempaka di sini pada Jumaat, ditemukan lemas pada 11.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat Nazrul Aimi Shah Kamarul Bahri, 15, ditemukan  oleh orang awam terdampar di Pantai Sepat, kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia didakwa hilang. 

“Keluarga mangsa telah mengesahkan identiti mangsa di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat. 

Mangsa yang beralamat di Taman Kempadang Perdana di sini, didakwa hilang semasa dia bersama empat rakan mandi di pantai itu, selepas mereka dipukul ombak dan dihanyutkan ke kawasan agak dalam. 

Bagaimanapun, semua rakannya berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.  

Semasa kejadian, keadaan pantai didapati berombak tinggi dan air laut pasang selain angin kencang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading