Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HUJAN LEBAT TIDAK HALANG RIBUAN UMAT ISLAM BERSELAWAT, BERMUNAJAT

DALAM NEGARA

HUJAN LEBAT TIDAK HALANG RIBUAN UMAT ISLAM BERSELAWAT, BERMUNAJAT

Hujan lebat tidak menghalang ribuan umat Islam menghadiri Program Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat tidak menghalang ribuan umat Islam menghadiri Program Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Program yang bertemakan ‘Mahabbah Rasulullah Asas Kejayaan Malaysia MADANI’ itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis seperti selawat dan munajat kata Anwar dapat meningkatkan tahap pemahaman agama hubaya-hubaya ia dapat diterjemah dalam bentuk sikap yang terpuji dalam kehidupan harian.

“Selain itu, selari dengan hasrat Malaysia Madani, perpaduan perlu dimanfaatkan secara bersama demi mengangkat prinsip karamah insaniah.

“Semoga kita semua terus diberi kesempatan dan ruang untuk bersama dalam majlis-majlis ilmu, Insyaallah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Anwar turut bersama-sama menyertai selawat Nuril Anwar serta mendengar tausiyah atau ceramah bertajuk “Mahabbah Rasulullah Asas Kejayaan Malaysia Madani” disampaikan oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading