KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima dua laporan kes kematian melibatkan seorang remaja lelaki berusaha 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun, disyaki akibat keracunan makanan yang diambil daripada sebuah sekolah agama di Gombak.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata remaja itu telah menjamah makanan yang dibawa balik ibunya selepas menghadiri program keagamaan di sekolah berkenaan Sabtu lepas.
Beliau berkata selepas memakan makanan tersebut, mangsa serta ibu bapanya telah mengalami cirit-birit dan pada 1.30 tengah hari semalam mangsa tidak sedarkan diri.
“Bapa mangsa telah menghubungi pihak MERS 999 untuk mendapatkan bantuan. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Noor Ariffin berkata mangsa kedua pula memakan makanan yang dibawa oleh bapanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah tersebut pada Sabtu dan didapati demam, muntah-muntah serta cirit-birit sekitar 10.45 pagi semalam.
“Ibu mangsa telah membawa mangsa ke Hospital Selayang. Mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Selayang bagi tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Menurut Noor Ariffin, makanan dalam kedua-dua kes dikenal pasti sebagai bihun goreng dan telur.
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Balai Polis Gombak Insp Heirme Che Mat di talian 014-2389151 atau Pegawai Penyiasat Insp R. Khalpna (012-5018901) atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak (03-61262222). –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager