PENJIMATAN SUBSIDI DIESEL DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT MELALUI STR, PENGANGKUTAN AWAM – PM
Mengakui penyasaran subsidi itu bukan tindakan popular, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu memberikan penjimatan RM4 bilion setahun dan pelaksanaannya telah melalui penelitian rapi di pelbagai peringkat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Penjimatan menerusi penyasaran subsidi diesel akan dikembalikan kepada rakyat khususnya bagi menampung keperluan pengangkutan awam dan suntikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengakui penyasaran subsidi itu bukan tindakan popular, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu memberikan penjimatan RM4 bilion setahun dan pelaksanaannya telah melalui penelitian rapi di pelbagai peringkat.
“(Penjimatan penyasaran subsidi) diesel itu adalah untuk tampung keperluan pengangkutan awam iaitu pengangkutan rakyat.
“Bayangkan STR untuk sembilan juta orang (penerima) yang (mendapat) subsidi tunai secara langsung, itu RM10 bilion. Wang (penyasaran subsidi) itu bukan untuk naikkan elaun menteri ataupun kepentingan lain, saya tumpukan hal ini (bantuan rakyat),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter bermula semalam (10 Jun) iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Sebelum ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata untuk tempoh seterusnya, harga diesel akan diumumkan setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan, dan kerajaan akan terus memantau keadaan bagi mengelak ketidakstabilan harga.
Bagaimanapun, beliau berkata penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Anwar menegaskan penyasaran subsidi diesel berkenaan dilaksanakan untuk memastikan diesel tidak diberi kepada golongan maha kaya dan orang asing.
“Saya beritahu rakan Jemaah Menteri, kita kena buat keputusan baik, harus bantu rakyat majoriti. Kita tidak harus beri subsidi kepada golongan maha kaya, industri-industri besar dan orang asing.
“(Hal ini) bukan diskriminasi kepada orang asing kerana mereka tak bayar cukai … cukai levi yang (dibayar pun) sangat kecil. Tanggungjawab pertama kita adalah kepada warganegara kita,” kata Anwar.
Beliau berkata pelaksanaan subsidi diesel bersasar diterima baik parti dalam Kerajaan Perpaduan dan sebahagian pembangkang serta ia akan terus dipantau supaya tiada sebarang permasalahan.
“Setakat ini, nampak kenyataan daripada pimpinan PAS agak lunak, tidak menentang hanya memantau. Tiada masalah kerana pembangkang harus pantau pelaksanaan dan kita juga harus pantau.
“Subsidi (diesel) diteruskan kepada nelayan, pengangkutan awam, pekebun kecil sekitar mencecah 30,000 termasuk pekebun sayur Cameron Highlands kerana tak mahu perkara itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga,” kata beliau.
Anwar berkata Kerajaan Perpaduan pimpinannya ketika ini telah melaksanakan tiga penyasaran subsidi melibatkan tarif elektrik, pengapungan ayam dan terbaharu diesel yang dijangka memberikan penjimatan kira-kira RM10 bilion.
“Langkah ini yang ketiga terbesar … pertama, tarif elektrik itu kurang kontroversi kerana kita selamatkan 85 peratus rakyat, ia terkena hanya kepada golongan tertinggi 15 peratus ke atas dan warga asing yang kita dapat jimatkan RM4.5 bilion satu tahun.
“ … kita selamatkan RM1.2 bilion (pengapungan ayam) maknanya politik stabil dan ketegasan tekad politik itu penting, sebab itu selalu saya kaitkan dengan tata kelola, hentikan rasuah kerana ini membantu kita (dan negara),” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests