Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA PEREMPUAN 17 TAHUN ANTARA SEMBILAN DIDAKWA TAWAR PINJAMAN TIDAK WUJUD

DALAM NEGARA

REMAJA PEREMPUAN 17 TAHUN ANTARA SEMBILAN DIDAKWA TAWAR PINJAMAN TIDAK WUJUD

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Foto BERNAMA

BATU PAHAT: Sembilan individu termasuk seorang remaja perempuan 17 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pinjaman tidak wujud pada Julai lepas.

Muhamad Muslim Hamidi, 24; Muhammad Qamarul Jafree, 25; Wong Jong Sin, 23; Mohamad Shahrul Affendy Kamarulzaman, 24; Tan Jun Fatt, 18; Siti Nur Fadilah Abdul Rahman, 19; Huda Nadiela Hashim, 19; Muhammad Zulfaizzat Zakaria, 30; dan remaja berusia 17 tahun itu, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Lapan tertuduh kecuali remaja itu kemudiannya dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Majistret membenarkan remaja itu diikat jamin sebanyak RM2,000 kerana kesnya akan disebut semula pada 21 Sept nanti. 

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama sebagai satu pakatan jahat dengan melakukan perbuatan salah di sisi undang-undang iaitu tipu pinjaman tidak wujud.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, Batu Pahat, antara 1 Julai sehingga 17 Julai 2022.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Hooi Tsae Yun.

Terdahulu, Hooi memohon supaya hukuman denda minimum dikenakan ke atas kesemua anak guamnya selepas mereka mengaku bersalah dan terdiri daripada pesalah muda yang tidak mempunyai kesalahan lampau.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading