Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PECAH CERMIN, UGUT PEMANDU WANITA DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI PECAH CERMIN, UGUT PEMANDU WANITA DITAHAN

KOTA BHARU: Seorang buruh direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita dalam kejadian di Simpang Empat Limbat, Khamis lepas.

Perintah reman bermula hari ini ke atas lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Kota Bharu, Mohammad Fitri Mokhtar.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata suspek ditahan di rumahnya di Nilam Puri pada 6.30 petang semalam.

Ujarnya kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan jenayah, Seksyen 279 Kanun Keseksaan memandu dengan berbahaya di jalan awam dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat harta benda.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, mangsa yang berusia 35 tahun dilapor sedang memandu berseorangan sebelum keretanya dihimpit suspek yang juga memandu kereta.

Lelaki itu kemudian datang ke kereta mangsa lalu memecahkan cermin kereta dan mengugut mangsa.

Dua rakaman video kejadian itu, masing-masing berdurasi dua minit 16 saat dan 36 saat, tular di media sosial. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading