AINUL MARDHIAH KRITIKAL, IBU MOHON DOA

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang sebelum ini menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Berita itu dikongsi ibunya, Nurul Erwani Zaidi, menerusi Instagram yang turut memaklumkan anaknya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Menurut Nurul Erwani, doktor yang merawat anaknya memaklumkan keadaan Ainul Mardhiah kritikal dan tenat disebabkan jangkitan yang telah merebak ke seluruh badan.

“Doktor maklumkan keadaan Ainul kali ini agak kritikal dan tenat. Mohon doakan anak kesayangan saya, Ainul Mardhiah jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ini.

“Ainul mula dengan muntah-muntah dan cirit birit dalam masa sehari. Hari kedua saya tengok Ainul sudah tak bermaya sangat.

“Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni, terus bawa ke jabatan kecemasan. Selepas pemeriksaan rupanya Ainul sudah terlalu tenat sebab jangkitan sudah merebak ke seluruh badan,” katanya.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulut kanak-kanak itu pada 2019. – AlHijrah Online

Leave a Reply