Connect with us

ALHIJRAH NEWS

REMAJA TIKAM ADIK IPAR KETIKA TIDUR DIREMAN TUJUH HARI

DALAM NEGARA

REMAJA TIKAM ADIK IPAR KETIKA TIDUR DIREMAN TUJUH HARI

Suspek dipercayai menggunakan pisau sepanjang 14.5 sentimeter untuk menyerang mangsa, menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang dan paru-paru.

BATU PAHAT: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret selepas disyaki menikam adik iparnya tiga kali sehingga mengalami kecederaan pada bahagian belakang dan paru-paru.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno terhadap remaja itu yang bekerja sebagai pembantu di kedai menjual barangan terpakai.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa berusia 18 tahun masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 5 pagi semalam di sebuah rumah di Taman Desa Sri Banang, Minyak Beku.

Suspek dipercayai menggunakan pisau sepanjang 14.5 sentimeter untuk menyerang mangsa pada bahagian dada dan belakang.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertengkar dengan isteri yang juga adik suspek berusia 14 tahun kira-kira 5 petang sehari sebelumnya.

Pertengkaran itu turut disaksikan suspek, namun dia tidak melibatkan diri dalam pergaduhan berkenaan.

Suspek kemudian pulang ke Rengit pada malam tersebut sebelum kembali ke rumah mangsa tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Setibanya di rumah, suspek didakwa menendang mangsa yang sedang tidur sebelum menikamnya sebaik mangsa terjaga.

Ahli keluarga lain yang berada di rumah tidak menyedari kejadian itu kerana mereka masih tidur ketika serangan berlaku.

Suspek kemudiannya melarikan diri, manakala mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke HSNI oleh ibu mentuanya.

Polis menahan suspek kira-kira 12.30 tengah hari di sebuah kedai menjual barangan terpakai bagi membantu siasatan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading