Connect with us

ALHIJRAH NEWS

HANNAH NAFI PERNAH TANDATANGAN DOKUMEN PERINTAH TAHANAN RUMAH NAJIB

DUNIA

HANNAH NAFI PERNAH TANDATANGAN DOKUMEN PERINTAH TAHANAN RUMAH NAJIB

Hannah turut berkongsi pengesahan laporan yang dihantar kepada MCMC berhubung perkara yang tular di media sosial mendakwanya menandatangani dokumen perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh menafikan pernah menandatangani sebarang dokumen perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang tular di media sosial.

Perkara itu dimaklumkan Hannah menerusi hantaran di X beliau awal pagi tadi.

“Saya tidak pernah menandatangani perintah tahanan rumah seperti yang sedang tular di media sosial.

“Lembaga Pengampunan masih belum bersidang (semasa dokumen perintah itu viral). Tolong jangan sebarkan dokumen palsu ini. Setiausaha Akhbar saya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Dalam hantaran sama, Hannah turut berkongsi tangkap layar pengesahan laporan yang dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung perkara yang tular di media sosial satu dokumen yang didakwa sebagai perintah tahanan rumah membabitkan Najib yang ditandatangani Hannah.

Terdahulu, media melaporkan kenderaan membawa Hannah dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 7.45 pagi, manakala kenderaan yang membawa Mohd Dusuki tiba tujuh minit kemudian pada 7.52 pagi.

Hannah kemudian dilihat meninggalkan Istana Negara terlebih dahulu, diikuti Mohd Dusuki pada 9.43 pagi selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan turut dianggotai Peguam Negara, menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan serta tiga anggota lain yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda.

Mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kuasa dan keputusan muktamad mengenai pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading