Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAN PEMPENGARUH DISYAKI HANTAR GAMBAR BERBAUR LUCAH DISAMBUNG

DALAM NEGARA

REMAN PEMPENGARUH DISYAKI HANTAR GAMBAR BERBAUR LUCAH DISAMBUNG

Tempoh reman terhadap seorang pempengaruh media sosial yang disyaki menghantar gambar berbaur lucah kepada sorang remaja perempuan, disambung hari ini.

KUALA LUMPUR: Tempoh reman terhadap seorang pempengaruh media sosial yang disyaki menghantar gambar berbaur lucah kepada sorang remaja perempuan, disambung hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata tempoh reman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu disambung sehari hingga esok.

“Lelaki terbabit sebelum ini direman empat hari hingga 26 Mei dan mahkamah membenarkan untuk sambung reman sehari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Pada 23 Mei lepas media melaporkan pempengaruh direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar gambarberbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading