Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMPUH POLIS DI SJR, LELAKI MENGAKU TIDAK BERSALAH

DALAM NEGARA

REMPUH POLIS DI SJR, LELAKI MENGAKU TIDAK BERSALAH

IPOH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, atas pertuduhan menunggang di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan seorang anggota polis trafik cedera parah pada Selasa lalu.

Tertuduh, Nor Azman Mat Saleh, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.

Mengikut pertuduhan, Nor Azman didakwa menunggang motosikal di bawah pengaruh dadah dan melanggar Koperal Mohd Aizal Md Lazim yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) sehingga cedera parah.

Tertuduh didakwa cuba melepaskan diri dari SJR di Jalan Silibin pada pukul 11.15 pagi, 24 November lalu.

Anggota polis tersebut yang dilanggar dari arah belakang terpelanting sebelum terjatuh dan diseret sejauh kira-kira lima meter hingga mengalami kecederaan di kepala, muka, tangan dan badan.
 
Nor Azman juga dilaporkan mempunyai beberapa kesalahan berkaitan dengan dadah dan telah disabitkan dengan kesalahan mencuri.

Tertuduh dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 44(1A)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara tidak lebih 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Lesen memandu tertuduh juga digantung sehingga kes selesai.—AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading