Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RUJUK JABATAN MUFTI JIKA MUSYKIL TENTANG PENGANJURAN AKTIVITI

DALAM NEGARA

RUJUK JABATAN MUFTI JIKA MUSYKIL TENTANG PENGANJURAN AKTIVITI

KUANTAN: Umat Islam disaran merujuk Jabatan Mufti untuk mendapatkan nasihat yang tepat berhubung sebarang kemusykilan termasuk aktiviti yang menggunakan nama motivasi, pembangunan diri dan spiritual.

Sumber: BERNAMA

KUANTAN: Umat Islam disaran merujuk Jabatan Mufti untuk mendapatkan nasihat yang tepat berhubung sebarang kemusykilan termasuk aktiviti yang menggunakan nama motivasi, pembangunan diri dan spiritual.

Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata umat Islam juga diingatkan agar berhati-hati terhadap program yang menggunakan unsur metafizik dalam silibusnya yang tidak berasaskan ajaran Islam yang sahih. 

Dalam hal ini, beliau memaklumkan Sufisme Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan al-Quran, al-Sunnah dan turath ulama muktabar ialah jalan sebenar dalam memenuhi keperluan kerohanian umat Islam.

“Pendekatan psikospiritual dalam tasawuf yang melibatkan amalan seperti tazkiyah al-nafs, zikir, muraqabah, serta pengenalan terhadap maqam-maqam kerohanian, adalah alternatif yang seimbang dan sah untuk menangani kekosongan jiwa manusia moden. 

“la tidak hanya menjaga akidah tetapi juga mendidik jiwa agar kembali kepada Allah SWT dengan penuh adab dan rasa kehambaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    14 July 2025 at 4:42 PM

    Psycological disorder, uramythlogical disorder, gynelogical disorder, and opthalmithlogical disorder must be avoided.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading