MARANG: Sebanyak 25 buah premis termasuk kediaman serta kedai di sekitar Bukit Payong di sini, rosak teruk selepas dilanda ribut petang ini.
Seorang penduduk Jamsari Mohamed, 43, berkata kejadian berlaku pada kira-kira 2.30 petang ketika beliau dan ibunya Minah Mat Ali, 69, sedang berehat di ruang tamu rumah mereka, selepas solat Zuhur.
Jamsari berkata kejadian itu menyebabkan 90 peratus bumbung rumah dan bengkel milik abangnya yang terletak bersebelahan rumah mereka, rosak selepas diterbangkan angin dan ribut kuat yang berlaku dalam sekelip mata.
“Pada mulanya hujan biasa-biasa sahaja, memang tak sangka ribut teruk sehinggalah bunyi dentuman kuat dari atas bumbung rumah.
“Apabila jenguk keluar saya terkejut apabila lihat bumbung terbang satu persatu depan mata. Hujan juga mulai lebat dan ruang dalam rumah mula dipenuhi air,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Undang, Bukit Payong hari ini.
Jamsari berkata menyedari kejadian tersebut, dia bergegas menyelamatkan ibunya dan segera keluar daripada rumah, kerana bimbang dihempap bumbung atau terkena renjatan elektrik.
“Waktu itu hanya fikir keselamatan mak yang sudah tua, barang-barang memang saya tak fikir langsung. Tak kisah rosak kerana nyawa mak lebih penting,” katanya yang merancang untuk tumpang bermalam di rumah adiknya di kampung berdekatan.
Seorang pemilik kedai runcit Rosmawati Mohd Saffi, 46, pula berkata ketika kejadian dia tiada di kedai, kerana sedang mengajar Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Undang.
Dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi anak perempuannya Nor Anis Nazihan Adnan, 18, dalam keadaan cemas dan menangis teresak-esak kerana ketakutan.
“Selepas terima panggilan saya terus bergegas ke kedai, kerana risau dengar dia (Nor Anis Nazihah) menangis teresak-esak, tak faham sangat apa yang dia cerita awalnya.
“Ketika keluar memang ribut kuat dan hujan lebat, tetapi saya gagahkan juga kerana bimbang keselamatan anak perempuan, yang seorang diri di kedai,” katanya.
Rosmawati berkata ketika tiba di kedai, hujan masih lebat dan beberapa penduduk kampung tumpang berteduh di kedainya mencari perlindungan.
“Sudah hampir 20 tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama ribut seteruk ini berlaku. Walaupun banyak kerosakan terutama atap yang diterbangkan angin, saya bersyukur kerana anak dan orang kampung selamat,” katanya.
Sehubungan itu, Rosmawati berkata beliau serta penduduk yang lain berharap, supaya pihak berkenaan dapat segera menghulurkan bantuan kepada mangsa ribut yang terjejas.
Sementara itu Pegawai Bahagian Kebajikan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Bukit Payong Kamanordin Md Jusoh, berkata setakat ini hanya 25 premis dikenal pasti terjejas dalam kejadian hari ini.
Beliau berkata pihaknya bagaimanapun akan menjalankan siasatan lanjut, jika masih ada penduduk yang terjejas namun belum melaporkan kepada pihak terbabit.
Katanya nilai kerugian masih belum dapat dipastikan, namun bantuan segera akan disalurkan bagi meringankan beban dan keselesaan penduduk yang terlibat memandangkan pada masa ini hujan kerap susulan peralihan ke musim monsun timur laut.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked