Kerajaan sedang berusaha membawa pulang tahanan Malaysia di Kemboja – Foto SInar Harian
PUTRAJAYA, 14 Februari – Menteri
Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menghubungi Timbalan Perdana Menteri
Kemboja, Prak Sokhonn, yang juga Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa bagi
menzahirkan hasrat Malaysia agar kesemua 47 warga Malaysia yang kini ditahan di
Penjara Provinsi Banteay Meanchey dibebaskan segera.
Saifuddin berkata, beliau turut
menyampaikan penghargaan kerajaan Malaysia atas kerjasama yang diberikan
kerajaan Kemboja terutamanya dalam membenarkan beberapa lawatan konsular
daripada Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh terhadap tahanan tersebut.
Ketika menghubungi Sokhonn,
Saifuddin menyampaikan rasa terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri
Kemboja itu atas keprihatinan beliau dalam perkara itu.
“Saya juga memohon supaya pihak
Kemboja dapat memberikan kerjasama dalam memastikan kebajikan rakyat Malaysia
terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan.
Dua pegawai kanan Wisma Putra
yang terdiri daripada Setiausaha Bahagian Konsular dan Ketua Bahagian
Undang-Undang Kementerian Luar telah bertolak ke Banteay Meanchey hari ini
untuk meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Kemboja berhubung penahanan
warga Malaysia.
Khamis lepas, Wisma Putra
mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu sejak 11 Disember tahun
lalu, atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam
talian secara haram.
Beliau telah menekankan bahawa
Malaysia menghormati kedaulatan undang-undang Kemboja dan kerajaan Malaysia
sentiasa mengingatkan rakyatnya supaya mematuhi undang-undang tempatan di mana jua
mereka berada.
Saifuddin dalam pada itu berkata
Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Ruzaimi Mohamad
telah berada di Banteay Meanchey sejak semalam untuk memberikan bantuan
konsular berterusan kepada warga Malaysia yang ditahan.
Berdasarkan berita Sinar Harian yang memetik laporan Bernama, lawatan konsular itu merupakan susulan kepada bantuan konsular yang diberikan oleh pegawai Kedutaan Besar pada 22 Jan lepas.
Kedutaan Besar Malaysia juga
telah memudah cara lawatan Anggota Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien bersama
beberapa anggota keluarga tahanan untuk membuat lawatan ke Penjara Banteay
Manchey hari ini.
Atas inisiatif kedutaan,
Saifuddin berkata seorang doktor daripada badan bukan kerajaan, Hospital Beyond
Boundaries, turut serta dalam lawatan itu untuk memastikan tahap kesihatan
mereka berada di tahap yang baik.
“Kementerian Luar akan terus
memantau perkembangan kes ini dengan rapi dan akan mengambil langkah yang
sewajarnya dalam usaha mengembalikan mereka ke pangkuan keluarga di Malaysia,” ujar
beliau.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager